Pendirian
setinggi manakah bumi yang kau pijak
sehingga hidung tercucuk langit
sejauh manakah bumi yang kau lonjak
sehingga kepala tersentak tumit
semerah manakah isi buah kepala
sehingga busuk masaknya emas
sematang manakah minda anda
sehingga nak ajar yang asas
layakkah kau berkata?
mungkin adil saja
Malah
layakkah aku mendengarkannya?
layakkah kita mengejar yang niskala?
dan jangan cuba
andai bakat tiada
nak kata berbunga
sambil memerli ana
Kerana ana khinzir
dan sudah tak kuasa
kata yang menzahir
ana tepiskan sana
Bukan emas yang menentukan dirinya emas,
malah, hanya jauhari yang cukup waras....
dan berdesinglah lagu pipit
dan menggatal kibasan lalat
terpaksa menuli walau perit
terpaksa mengalah ikut hajat
Wallahu 'alam
Pahlawan Putih
setinggi manakah bumi yang kau pijak
sehingga hidung tercucuk langit
sejauh manakah bumi yang kau lonjak
sehingga kepala tersentak tumit
semerah manakah isi buah kepala
sehingga busuk masaknya emas
sematang manakah minda anda
sehingga nak ajar yang asas
layakkah kau berkata?
mungkin adil saja
Malah
layakkah aku mendengarkannya?
layakkah kita mengejar yang niskala?
dan jangan cuba
andai bakat tiada
nak kata berbunga
sambil memerli ana
Kerana ana khinzir
dan sudah tak kuasa
kata yang menzahir
ana tepiskan sana
Bukan emas yang menentukan dirinya emas,
malah, hanya jauhari yang cukup waras....
dan berdesinglah lagu pipit
dan menggatal kibasan lalat
terpaksa menuli walau perit
terpaksa mengalah ikut hajat
Wallahu 'alam
Pahlawan Putih
<< Home