Tuesday, April 11, 2006

This post is dedicated to Mohd Noramin B Mohd Farid.
For all the times you've mis-interpreted my posts. and all the instances where i wasnt specific with the subjects of my compositions / victims of my scrutinisations.


Inspired by Kalbun



Aku khinzir.

Aku disumpah sepanjang zaman
dengan badan yang asalnya najis,
tetapi bila menjadi santapan
haram! walaupun dagingku manis

Yang ku makan najis
yang ku berak najis
yang ku kencing najis
yang ku mandi najis
yang ku selimuti najis
yang ku sanjungi najis
yang ku cinta najis
yang ku rindu najis
yang ku tagih najis
yang ku kata dengan sinis

Dan tebal memang kulit ku
yang bisa sudah biasa
dan yang kau kata itu
benar benar belaka

kerana aku khinzir
dan kalau aku bukan
kenapa pantas menjelir
dan terus berjalan?

Aku memang dasar penakut
tetap akan bersembunyi
balik lumpur dan rumput
kerana hati penuh sangsi

dan yang hitam
ku kata putih
yang malam
ku kata hari
yang kelam
ku kata jernih
yang geram
ku kata sedih
yang bayam
ku kata sirih

yang kau muram
ku tak hirau lagi


ingat kata-kata ku tak bermakna ini

kerana

Ana Khinzir
Wa Zalika Khinzir


"Aku babi,
Dan kau juga babi"

Sekiranya aku buta
bau kohong kau kan ku hidu
kata kosong kau kan ku dengar
dendam pahit kau kan ku tinggal begitu

Kesedaran itu permulaan
Pahlawan Putih