Wednesday, December 24, 2003

Came across this blog with a hilarious, typical malay story. Kelakar you guys should read it.....


"Penderitaan Si Tipah"

watak-watak
pompan: tipah
matair si pompan: wahub
si penyebuk: endon

tipah hendak pergi ke afrika untuk melanjutkan pelajarannya.
perbualan bersama wahub:


t: abang wahub.. tipah bercadang nak pegi afrika untuk belajar menjinakkan haiwan.. apa pendapat abang?
w: syukurlah tipah.. abang sokong cadangan tipah itu. lagipun, ayam-ayam di sini semakin ganas.
t: betul?!! terima kasih, bang. tipah janji akan belajar rajin-rajin dan jinakkan ayam-ayam ini. sayang abang!
w: yelah, tipah.

di lapangan terbang..

endon: tipah, tipah. jaga diri kau baik-baik di afrika nanti. ayam-ayam di sana lagi ganas tau. jangan sampai digigit ayam. aku dengar ayam pat sana macam jaws.
w: betul ke don??!! tipah, baik hati-hati eh. nanti abang kehilangan gadis pujaan hati yang sangat dicintai.
t: doakan sahajalah abang. hanya boleh berserah kepada takdir. orang kata guru-guru di sana garang macam harimau, tapi tipah tetap ingin belajar menjinakkan haiwan.
e: eh tipah, jangan lupakan sahabat kau ni bila di rantauan ye. i'll miss you.
t: eleh, speaking london konon. sudahlah don, kau tu minah kampung. pigi masak kat dapur sudah. haha.
semua orang pon gelak hohoho.
t: baiklah semua.. tipah nak pegi skarang. jaga diri semua nanti. tipah pulang sebagai penjinak ayam yang ter-"best".
semua orang pon mula melambai. endon dan wahub menitiskan air mata dengan sebaknya sementara ibu tipah melalak macam nak rak.

detik bertukar minit, minit berganti jam, jam tukar balik jadi hari, hari transform plak jadi bulan.. tanpa disedari, sudah dua tahun tipah membawa diri ke afrika, dengan cita-citanya untuk menjadi orang ayam. suatu hari itu..

e: abang wahub!!
w: [baru habis selesai menangkap ayam] apa dia, endon?
e: ibu bapa tipah baru sahaja terima berita buruk, bang. tipah telah meninggal dunia akibat digigit ayam yang dijangkiti SARS.
w: apa??!!?!!?!?!?!? [dalam keadaan terperanjat yang tiada ketara, dia mematahkan leher ayam yang tidak berdosa itu]
e: innalillahi roji'un.. [kepada ayam itu]

dengan kehilangan tipah kesayangannya, wahub mengalami depression selama tiga minggu, dua hari, lima belas jam dan tiga saat. stress ah tu kirekan.
satu hari, endon pergi berjumpa dengannya.


e: wahub, wahub.. terima sahajalah kenyataan ini, hub. tipah sudah tiada. cakap omputih, the truth hurts. tapi kau nak kene terima dugaan ini. dah tiga minggu lebih kau tak kerja, ayam-ayam ni semua dapat "flu".
w: pergilah kau, endon! jangan ganggu aku!
e: sebenarnya wahub, aku datang ni ada hajat. aku nak mintak tolong dari kau.
w: ape kau nak?
e: err.. aku nak mintak kau ajar aku macam mana nak menangkap, menyembelih dan mencabut bulu ayam.
w: [mengeluh] itulah hobby tipah dahulu.. "ayam was her passion"..
e: wahub! aku blom abes cakap ni!
w: okay okay.. aper lagi?
e: aah.. aku nak join competissSEN [hasmu style] yang dorang buat untuk minggu ayam.
w: kenapa kau tak nak blajar dari abu anak pak mat tempeh kene langgar motocar boom boom boom? dia kan lagi "pro" dalam hal cabut-mencabut ni semuer.
e: err.. err.. dia tak rapat dengan aku lah..
w: tapi..
e: alah.. boleh lah... [buat muker nak step kesian gituk]
w: yelah, yelah.. [tak nak tengok muker dia yang sememek itu untuk sesaat lagi]

semakin mereka bersama-sama membuat benda-benda ayam, di situlah berputiknya bunga cinta di antara dua insan, endon dan wahub, yang cukup mekar dan harum baunya, bak bunga-bunga yang diidamkan setiap pasangan bercinta.

di warung nasi ayam pak mat tempeh kene langgar motocar boom boom boom, bersebelahan kandang ayam, endon dan wahub sedang makan nasi ayam yang cukup bermutu tinggi dengan berhadapan ayam-ayam yang berkeliaran...


w: endon endon.. abang nak bilang sesuatu kepada endon.
e: apa dia bang? [sambil makan nasi ayam dengan gelojohnya] abang ni kacau je lah.. nasi ayam pak mat tempeh kene langgar motocar boom boom boom yang cukup bermutu tinggi ini sedap tau.
w: dengarlah apa yang abang nak cakap ni..
e: okay, okay [sambil mengunyah cebisa-cebisan ayam]
w: pada malam yang cukup indah lagi berseri ini, abang ingin meluahkan perasaan abang yang telah terpendam di lubuk hati abang selama ini. dengan disaksikan ayam-ayam yang berjalan ini, pak mat tempeh kene langgar motocar boom boom boom, dan juga nasi ayamnya yang cukup bermutu tinggi ini, abang ingin melamar don menjadi ratu hidupku.
endon tercekik sekejap [sekejap je]
e: apa??! abang nak endon jadi BINI abang??!!

apakah yang akan terjadi? mungkinkah endon akan mengakhiri zaman single-mingle-nya bersama MATAIR KAWAN RAPATNYA [tak patut, tak patut..] yang telah meninggal dunia itu?? mungkinkah akan terjadi?

kalau anda para penonton sekalian musykhil dan ingin tahu, sabar.. hidop jangan gelojoh semua pon nak. saksikanlah perkembangan endon bersama wahub di episod yang akan datang, saksikanlah
PENDERITAAN SI TIPAH, hanya di pawagamtakjadi, while stocks lasts.
tengok, jangan tak tengok!

Hahaha. funny rite? Got it from Diana's blog.
it seems like everyone is leaving for Malaysia. Bored to the core since it had to be Chrismas today. Besok metro 70% off i heard. Not a big deal to me but just that i wanna buy singlets so i dont have to wear old T-shirts in side. And i also want a new shirt since beloved mother tak beli kan apa apa from KL for me. I drag her and her wallet!!! Hahaha. She actually wants me to wait for the robinson's sale and go all the way to Raffles Place for singlets. Eh but tomorrow macam banyak sangat benda nak dibuat..... Hai. I wished i had cari kerja earlier. So many places full. I just want MONEY!!!!! hahaha.

Cant stop biking
Pahlawan Putih.