Wednesday, February 08, 2006

Keangkuhan Ketam

hirupan air takkan dinginkan
embun pagi hanya mampu seketika
hembusan bulan takkan redakan
pawana tergantung di dalam dada

apa guna berdebatan tentang kemajuan
bila perkembangan dihalang keangkuhan
adakah guna betulkan jalan
bila sendiri condong sebelahan

mereka kata majukan budaya
mereka juga yang menghindar kita

ibarat ketam, kering di tangki
dendam digenggam, masak disalut cili
bila mencium kebebasan diri
diseret balik ke dalam realiti

ibarat benih di belantara
nak tumbuh dalam sengsara
senyuman suria takkan sampainya
kerana sudah yang menatangnya

Ahai, andai mereka sedari
walau bukan niat di hati
tetap menjadi berduri
menyangkut kita dari berseri
(menyimpan peluang untuk sendiri)

Dengki masih bermaharajalela
dijunjung atas hujung takhta
andai nyawamu sudah tiada
takkan ilmu dibawa bersama?

Bukan lumrahku merahnya mata
bukan diacu pada si pembaca
mungkin kerna sifat berbeza
ku bak semalu kuncup diraba

Hati lebih senang tercedera
kerana tajam melihat penyelarasannya
kerana luka melemah segala-galanya
pantas tersinggung begitu sahaja


Its funny how God brings you back to earth when you least expect it.

I hate you and your kind. you selfish bastards. Disguised as our reference, you keep us from excelling beyond you..
All form of opportunity for yourself. none for us

sharpen your third eye
Pahlawan Putih