Saturday, November 19, 2005

Ceritanya panjang

tapi inilah sebenarnya...

Ia bermula sebagai hari yang biasa. Semuanya luar biasa malah dalam linkungan kebiasaan. Biasanya Matahari menyinar dengan sepenuh bisanya dan ini berlaku pada hari yang biasa itu. Aku pula terpaksa membiasakan diriku untuk menghadapi kebiasaan hari biasa tersebut. Lupakan kebiasaan, aku mula perjalanan untuk bertemu dengan Lina a.k.a. Hornbill goes Hon-hon. Kami berjanji bertemu di 'Semall Mek' tetapi terlajak ke This Fashion, Temporary Bank, dan DBS building sebelum kembali lagi ke "Semall mek"



adalah sikit malu-malu kuching... Lagi lagi bila kami terserempak dengan Haji Yasin dan Hajjah Dessy. Dorang pun malu malu, kata om puteh - "Camera Shy".



Bila ditanya, Haji mengaku bahawa dia harus berzikir sebentar sebelum kamera dapat memetik gambarnya supaya dia kelihatan lebih kacak.Ketika itu, Hajjah Dessy dilapor menjeling sebagai balas kepada komen Haji Yasin.


Kemudian Amin dan Saidah a.k.a Caca menjelma berpelukan. Sebelum Haji Yasin sempat berceramah dengan semangat yang berkobar-kobar, Amin memberi penjelasan bagi situasi yang mereka sedang menghadap. Kebetulannya, kepala kedua pihak terlekat antara sesama kerana pada pagi itu, Caca telah tersapu gum ke mukanya yang beliau sangka "Foundation". Mereka mula meradang ketika waktunya menaiki bas. "Untuk semetara kami akan belajar dari ketam cara jalan mereka"

Setelah lebih kurang satu jam dua puluh lima minit dan tujuh puluh sembilan dan suku saat, sampai pula keluarga bahagia Tuan Siddiq a.k.a Janggot Anwar Zain. Dia bersama isterinya Ili Liyana Izyan a.k.a Pe'ah (jgn tanya dari mana Pe'ah terkeluar) dan puterinya Baticia a.k.a Malu Sekejap Aja. Suami isteri tempah baju sama warna tetapi Ticia(Memakai baju kebangsaan Swiss) dilahirkan di Switzerland - Tanah kelarihan Pe'ah)



Mereka pun mula berarak sebagai satu kumpulan gergasi. Semuanya tidak sanggup menaik MRT, jadi mereka turun MRT dan jalan bawah mrt. (Dua olang nya muka tak leh lihat.. siapa tu?)



Di sini berputiklah masalah yang akan membesar hingga tidak dapat diselesaikan secara aman. Sewaktu berarak, Ili di tinggalkan seorang bersama anaknya. Tuan Siddiq mula mencari madu yang ke 2.



Di tanggalah yang dia menjumpa mangsa nya, Lina Hon-hon... "Tidakkk" kata hatiku. Sanubari hangat ibarat dipanggang api gejola.
Pasrah memenuhi lubuk jiwa Ili, melimpah ke semua penjuru akal nya.



"Apakah harus aku buat?... Bagaimana dengan Ticia?"

*Bersambung....



Jemputlah datang ke Open house Pe'ah.

RSVP ...

Sila confirm your attendance.. Limitied food

I keep my promises.
Pahlawan Putih