Sunday, October 16, 2005

AHHHHHHHHH Malu nya!




MAHU BUDAYA MELAYU TERUS BERKEMBANG
Oleh
Siti Rufeah Abu
Penulis Sambilan

PANGGILLAH Irfan Kasban 'Mat Sastera' atau 'Mat Jiwang'. Itu memang naluri yang wujud dalam diri 'Cik Abang' yang kini mengikuti kursus Diploma Sains dan Khasiat Pemakanan di Politeknik Temasek itu.

Presiden Kumpulan Budaya Melayu (MAG) Politeknik Temasek itu memang amat meminati bidang kesusasteraan, penulisan, drama, muzik, dikir barat dan tarian Melayu.

'Beberapa tahun selepas terlibat aktif dalam kegiatan ini, saya menyertai kumpulan dikir barat Tumpat di Kelab Masyarakat Geylang Serai,' cerita pemuda berusia 18 tahun itu.

Irfan (gambar), juga menganggotai kumpulan tarian, Kesenian Si Anak Tari, yang di bawah naungan MAG.

'Penglibatan saya ini membuat saya lebih tahu tentang cabang kumpulan kesenian lain di bawah MAG. Saya dapat menimba pengalaman baru dalam seni dan budaya. Sekali gus, saya dapat merakam segalanya dalam bentuk foto yang memang saya gemari.

'Foto-foto saya bertemakan seni dan budaya Melayu. Budaya kita sememangnya indah secara keseluruhannya.

'Bahasa ibunda kita juga menarik terutama dengan adanya peribahasa dan kiasan indah yang disulam dalam bentuk penulisan dan perbualan seharian kita,' tambahnya.

Keupayaannya menghargai nilai bahasa Melayu itu sendiri terbukti apabila Irfan meraih hadiah Seni Kata Harapan menerusi seni kata yang dihasilkannya untuk peraduan Projek Reben Kuning.

Projek sokongan pemerintah itu bertujuan memberi bekas pesalah peluang kedua dalam melayari kehidupan.

Sebagai presiden MAG, Irfan bercadang merancakkan minat terhadap budaya Melayu di kalangan anggotanya.

'Sebagai langkah pertama, saya akan cuba menghidupkan semula Minggu Budaya Melayu Politeknik Temasek yang dulunya pernah menjadi acara tahunan di sini,' jelasnya, penuh semangat


Hahaha No!
She go and tell my group name and all ArgH! dah takda chan nak lari kiak3

meraih hadiah Seni Kata Harapan menerusi seni kata yang dihasilkannya untuk peraduan Projek Reben Kuning. Ada ke peraduan Projek Reben Kuning? hahah Ia sebenarnya bertajuk Projek Reben Kuning, bukan sebagaimana yang tercatit dalam article..

hahaha Kakak Ya was the one to msg me rite after my subuh. Then on i was trying to find a way to get hold of the berita harian. Kena tipu seh. Siti Rufeah, lebih dikenali sebagai Kak Ruf, telah mengatakan bahawa artikel ini akan dalam bentuk 'profiling' dan akan menginclude-kan President-president Kelab Budaya Melayu dari Politeknik yang lain. Ah hahaha. geli hati aku.


Anyway. Later i'll be going off to Bradell for a talk by Ms Anisa Mehdi titled "Presenting Islam to Others - Prospects & Challenges". Then it'd be another meeting for me at school. So much for avoiding school

Siapa-siapa yang berani panggil aku MAT SASTERA.. jaga...
Pahlawan Putih