Friday, September 30, 2005

DALAM SAAT ITU

Sudah pun termaktub dari dulu
Sessungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian…”
sudah pun diberi amaran seribu
tingkah laku biarlah berpatutan


Dalam saat itu
hati kan menggelodak
mungkin pun merusuh
kerana ratunya catur digerak, diletak

Manalah tahu?
Dalam saat itu
Yang tak diundang bertamu
Yang tak dijangka bertemu


Dalam nafas itu
jantung ku meranjang
sedang ku masih keliru
buat nafas itu memanjang

Kanan, kiri, ku melangkah
jauh di hadapan baru ku sedar
kesyukuran padaNya melimpah
dan tak usah lagi digelar


Dalam kelip mata itu
fikiran menjadi pilu
dek bertapak di takhta baru
“Apakah ini tanggungjawab ku?”

ketawa mula berselang silu
lidah bertambah kelu
akibat otak yang dibelenggu
akibat titah yang dipangku


Dalam renungan itu
dua insan bertafsiran mata
ketika rindu tersengkang di kalbu
malangnya kisah berakhir begitu saja

Apalah nasib engkau dan aku
cinta menipu
kita ditipu
engkau memalu


Dalam tepisan itu
anak yang menderhaka
ibu pula ditikam lesu
sewajarnya kesalahan siapa?

Air mata buaya
darah segumpal
perit kononnya kau merasa
walhal, walhal...


Dalam jelingan itu
aku menjadi seteru
disebarkan dalam bisikanmu
“Dialah yang jahat! durjana! asyik menipu!”

Bagai gelegar buluh
kau menonjolkan dengan angkuh
kian seperti senapang bambu
aku tinggalkan tanpa pengaruh


Dalam mimpi itu
kau lesap dari dunia fana ku
sungguhlah indah keadaan begitu
bila cabaran tiada, walaupun satu

Benci tak cukup seimbang dengan perasaanku
membara dalam inti, menanti, menunggu waktu
laharnya akan mengancam makna kewujudan mu
kabusnya akan menyesak setiap lanjutan mu!

Dalam saat lalu
aku mengimbas laju
Aku kah aku?
Atau aku ditipu aku?

Inilah rintihanku
Pahlawan Putih