Wednesday, March 30, 2005

'Vague post mode' Activated

I'm sorta angry upset all that. Yesterday night was worst. It sorta subsided with my haig road mee kuah.. ahhh

Cerita dia gini
Berdasarkan ulat nak jadi naga
Setarakah ia dengan yang asli?
Kononnya bergurindam dah lama

Ahai bagai kacang lupakan kulit
Kenapa mencuri nama sapi sahaja?
Aduh! Garam ke luka meningkat sakit
Tetap ku yang dapat akhir katanya

Bak menghempas batu ke kaca
Semakin lama semakin perit
Dibentangkan luas dek saujana
Dikembankan longgar tak berjahit

Anjing pandai menyalak
Apa lainnya dari dirimu?
Berkata malah tidak bergerak
Tak terputus dongengganmu

Berhikayat masa kegemilangan nanti
Mimpi bahtera gagah mengalahkan mereka
Kononnya "Hanya perlu masa lagi"
Nescaya bahtera hanya didaratan sahaja

Perjanjian disimpul kusut
Kerpercayaan disuap syaksangka
Lelah aku mengutip melukut
Setiap kali runtuh segalanya

No more,
Pahlawan Putih